Bacaan untuk Program 1Murid 1Buku - Tahun 1 dan 2
Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Friday, May 04, 2012
Tuan Haji Rahmat Bin Haji Jahari
menyarankan agar murid-murid membaca buku setiap pagi supaya mereka
tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan itu
buku-buku yang disediakan di dalam 9 bakul sempena Program 1 Murid 1
Buku. Ini bertujuan untuk menyediakan bahan bacaan kepada murid-murid
untuk program ini.
Bgi murid-murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 bahan-bahan bacaan tambahan akan disediakan buat mereka. Ini bertujuan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam bacaan masih berpeluang untuk membaca ketika program ini dijalankan pada setiap pagi Isnin & Khamis pada jam 7.00 pg - 7.30 pg.
Semua bahan ini lebih mudah dan bersesuaian dengan tahap mereka. Bahan-bahan ini diambil dari buku teks Tahap 1 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan juga Pendidikan Moral.
Comments Posted (0)
Post a Comment