Sekitar Sambutan Hari Guru 2012 - 25 Mei 2012

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 26, 2012

Sambutan dimulakan dengan baccan yasin oleh guru-guru dan murid-murid Tahap 2 dan diteruskan dengan persembahan dan permainan oleh guru-guru.

 
 
 Barisan Pentadbir SK Telok Bahang

 

Butterfly_Farm 2 - 19 Mei 2012

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 19, 2012

Bersama 57 Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Makmal Komputer.











Warga SKTB 2009

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Friday, May 18, 2012

 
 
 
 
 
 
 
Ini gambar 2008 atau 2009, tak pasti ... harap-harap tahun ni 2012 atau tahun depan 2013 dapat la beli camera DSLR yang canggih.  Ini guna kamera biasa ja...alhamdulillah masih boleh meninggalkan kenangan yang INDAH :)

Gotong-royong Bilik JqAF 16 Mei 2012

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Friday, May 18, 2012

Pada jam 7.45 pg - 8.45 pg semua murid 6C telah membantu untuk mengeluarkan barang-barang dalam Bilik JqAF dan juga mengeluarkan tikar getah yang lama dan buruk.  Penyelaras Bilik Khas telah memperuntukkan 1 gulung tikar getah baru (Bilik Tayangan & Bilik JqAF) bagi mengantikan tikar getah yang lama.  Penyelaras Bilik Khas juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Zulfhakar kerana membantu pada pagi ini.  Semua AJK Panitia Pendidikan Agama & Panitia Bahasa Arab akan membuat susun semula bilik ini di ketuai oleh KP Panitia Pendidikan Agama Islam iaitu Ustazah Kamilah.



satu hari belajar satu ilmu yang baru...maka setahun 365 ilmu baru dipelajari....

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Wednesday, May 16, 2012

 

FhotoScape

Nyanyian Terima Kasih Cikgu oleh murid-murid SKTB 16 May 2012

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Wednesday, May 16, 2012

 
Murid-murid menyanyikan lagu Terima Kasih Cikgu


 Tayangan Perutusan Hari Guru Serentak 1 Malaysia oleh Menteri Pelajaran Malaysia YAB Dato' Muyiddin Yasin.  Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Terbuka Sekolah SK Telok Bahang untuk tujuan ini.



Perutusan Hari Guru 2012 - 16 May 2012

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Wednesday, May 16, 2012

PERUTUSAN HARI GURU 2012
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan tema Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Guru dipandang tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang.

2. Pada tahun ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.

3. Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.

Warga pendidik yang diraikan sekalian,

4. Kesinambungan sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan direalisasikan oleh para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan berdaya saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program bina upaya untuk meningkatkan amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi pendidikan secara keseluruhan. Objektif Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar.

Warga pendidik sekelian,

5. Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya melalui pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.

6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.

7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat.

Anak-anak murid yang disayangi sekelian,

8. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan mempertingkat kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya akhirnya mereka dapat menjadi individu dan warganegara yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan sedar akan kepentingan amalan berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.

9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Sebagai penutup, ingin saya titipkan mutiara kata Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk memperbaharui gerak langkah”.

WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN

TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”!

DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Hari Guru 2012


Kesan Ponteng Sekolah - 15 Mei 2012

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Tuesday, May 15, 2012

 Guru Besar SKTB memberi taklimat pada murid-murid Tahun 6 mengenai keburukan budaya ponteng sekolah dan apa kesannya terhadap murid-murid itu sendiri.
 
Guru Besar SK Telok Bahang - Tuan Haji Rahmat Bin Jahari

Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negative yang timbul ialah seperti berikut:

1. Pembaziran masa dan tenaga
Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar
Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah “sampah” masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

3. Masa Depan tidak terjamin
Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar
Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun risiko yang perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar.
Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru, sekiranya tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti peperiksaan akhir tahun turut terjejas.

5. Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru
Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri perlu juga dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru. Diantara alasan guru-guru yang merasa tertekan dengan perlakuan para pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah.
a. Merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
b. Mengangu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar ponteng.
c. Pelajar yang ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.

Soalan Sains Tahun 4

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 05, 2012

http://banksoalan.pkg-petaling.net/2009/11/sains-tahun-4/

Lawatan ke Butterfly Garden

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 05, 2012

Murid-murid Tahun 4 Tekun dan 4 Usaha bersama Cikgu Shamsul, Cikgu Shazleen dan Cikgu Noridawati.


The Penang Butterfly Farm is more than just a tourist attraction. It is set up as a 'living museum' to educate the public as well as a research centre to develop breeding methods. The Farm's founder David Goh explains the philosophy behind its operation.
Malay Peninsular has over 1000 recorded butterfly species, among the highest of any country in the world in relation to her small land mass. David Goh, the founder of the Penang Butterfly Farm was inspired and encouraged by Mr. Clive Farrell, owner of the Stratford Butterfly Farm at Stratford-on-Avon (birth-place of William Shakespeare) in England, to start a tropical butterfly farm in Malaysia.
Penang Butterfly Farm (PBF) was established in 1986 in Penang, Malaysia with 2 main objectives which are to function as a tourist destination and to serve as a centre for education, recreation and scientific research. The visitor to the Penang Butterfly Farm, finding himself surrounded by a myriad of fluttering butterflies within a seemingly natural setting, is likely to think himself in a sort of enchanted wilderness, bejeweled with colorful gems of creation. The best encounter at the Butterfly Farm is undoubtedly the free flying papilions in the enormous enclosure. The exhibition of selected insects and reptiles are also crowd drawers. The visitor, having traversed this complex of displays ends up in a souvenir shop selling butterfly-related paraphernalia.
Today, the Penang Butterfly Farm is the first tropical butterfly farm ever set up in the tropical world, with an average flying population of 4000 Malaysian butterflies of 120 different species, including the rare Indian Leafl (Kallima paralekta) and the endangered Yellow Bird wing (Troides helena). Probably the most famous of Malaysian butterflies is the Rajah Brooke's Bird wing of the Papilionidae family. First discovered in Borneo in 1855 by A. R. Wallace, it was named after the first British Rajah of Sarawak. The visitors can inspect the butterflies at close quarters as they flit around their favorite nectar plants as well as other tropical plants comprising of over 300 varieties.
The Penang Butterfly Farm is now a household name in Penang and a "must-see" for visitors since it opened in 1986. The farm located right at the end of the tourist hotel strip at Batu Ferringhi stands on a 0.8 hector site in Teluk Bahang, about 17km from George town. It has become one of the most popular stops on Penang's round island tour. The success of the Butterfly Farm as a tourist attraction has even inspired a series of similar commercial operations in Malacca, Cameron highlands and Singapore.
In spite of its general fame, the aspect of the Penang Butterfly Farm which means most to the people behind it has gained scant recognition within Malaysia. According to David Goh, "The locals only think of the Penang Butterfly Farm as a tourist attraction. In fact the farm is known and respected internationally as a breeding centre."