Program PINTAR - Sime Darby Berhad

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 01, 2010

Pintar adalah satu komitmen yang diterajui oleh syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membantu mengatasi salah satu isu yang paling kritikal pada masa ini: MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN DI KALANGAN ANAK-ANAK KITA.

Kini, sebahagian besar kanak-kanak yang kebanyakkanya datang dari keluarga berpendapatan rendah di Pulau Pinang ketinggalan dari segi pencapaian akademik serta motivasi untuk berjaya.  Sasaran PINTAR adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan sebagai satu cara bagi kanak-kanak ini memperbaiki keadaan sosio-ekonomi mereka.  Bagi mencapai hasrat ini, syarikat-syarikat mengambil bahagian telah bersetuju menjadikan beberapa sekolah rendah dan menegah sekitar Pulau Pinang sebagai sekolah angkat serta menjalankan aktiviti secara terus dengan kanak-kanak dari sekolah-sekolah tersebut.
Hanya melalui kecemerlangan pendidikan, kanak-kanak tersebut akan dapat mengharapkan masa depan yang lebih baik - dan hanya apabila kanak-kanak ini berjaya sebagai satu komuniti dan bangsa berjaya.

Bagi kami di SK Telok Bahang, Pulau Pinang amat terhutang budu dan juga berterima kasih pada Sime Darby BERHAD yang terlalu banyak membantu kami menjayakan perbagai aktiviti.  Banyak bantuan yang disalurkankan termasuk kewangan dan kepakaran.  kami semua warga SK Telok Bahang berharap Sime Darby akan terus membantu kami di tahun-tahun yang akan datang walaupun Program PINTAR ini akan ditamatkan.


 
MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

GAMBARAN SEBENAR

Kisah Arif.
Arif di rumah dan dia keseorangan ketika terjaga dari tidur.  Ibunya telah keluar bekerja di sebuah restoran.  Bapa Arif telah meninggal dunia ketika dia masih kecil.

Dia terasa lapar dan bersarapan dengan makanan lebihan dari malam sebelumnya.  Arif sudah biasa kelaparan sepanjang pagi.  Kadangkala dia mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaranya di dalam kelas.  Susuk tubuhnya kecil berbanding usianya.

Selepas waktu sekolah, Arif bersama ibunya di restoran.  Dia memperoleh wang saku kecil dengan kerja sambilan dan wang itu di belanjakan bersama kawan-kawannya.  Terdapat beberapa hari Arif tidak hadir ke sekolah. Dia tidak lagi berminat - dia telah mencuba namun kemampuannya untuk membaca dan menulis tidak seberapa.

Masa depannya tidak menentu, dan tiada siapa untuk mengadu nasib memandangkan yang lain juga senasib dengannya, dia percaya mungkin inilah cara hidup yang dia ada....

TIDAK!

Melalui PINTAR, visi kami adalah memastikan kanak-kanak seperti Arif di beri perhatian yang sewajarnya untuk berjaya di sekolah.  kami ingin kanak-kanak ini percaya bahawa kehidupan yang lebih baik adalah sesuatu yang boleh dicapai dan dinikmati.  Kami ingin membantu mereka mencapai masa depan yang lebih baik.  Inilah komitmen kami.....

*Kisah Arif adalah berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dari komuniti berpendapatan rendah.


Comments Posted (0)