MBMMBI

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Friday, December 21, 2012

Khamis baru ini Tuan Haji Rahmat berikan saya 3 CD B. Melayu & 4 CD B. Inggeris untuk dimuatnaik perisiannya di Makmal Komputer. Raziefuddin Zaffar, Mohamad Nizam, Shamsul Rijal Ramli, Shazleen Izaham dan Feeza Johari sila ambil tindakan. Semua perisian telah siap diproses dan ditempatkan di perpustakaan.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.502894676399966.106952.122706061085498&type=1&notif_t=like 

Mesyuarat guru pertama untuk sesi persekolahan 2013.

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Thursday, December 20, 2012


SK Telok Bahang
Semua pentadbir dan semua guru SK Telok Bahang

26.12.2012 - Mesyuarat Guru 8.45 pg [makanan tengahari disediakan].

27.12.2012 Orientasi Pra Sekolah & Tahun 1 Jam 8 - 9 pagi. Selepas orientasi, kutipan duit buku kerja oleh guru-guru Tahap 2.

28.12.2012 Inhouse Training KSSR / PBS 8.30 pagi


http://www.facebook.com/events/458975704138155/

Ayuh semua rakan GURUKU...semoga kita menjadi yang terbaik untuk anak-anak didik kita.

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Sunday, December 09, 2012

Terdapat beberapa hadis nabi yang boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan tugasan kita sebagai GURU, orang yang memberi ilmu.

“Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas.”(HR Ahmad)
“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)
“Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (al-Qudha’i)
“Seseorang pekerja apabila ia mentaati ALLAH dan majikannya, nescaya ia masuk ke dalam syurga lebih dahulu dari majikannya selama 70 tahun.” (HR at-Tabrani)
Ayuh!  jadilah kerja kita sebagai ibadah.. kerjalah dengan penuh keseronokkan..Insyaalah kesusahan bebanan tugas kita akan terbalas jua ..jika tidak di dunia insyaalah kita bakal menjadi jutawan di akhirat kelak.

Rak Kamus di Perpustakaan dan ubah suai lokasi buku-buku.

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Wednesday, December 05, 2012

Rak ini telah dimuatkan semua jenis kamus yang ada di perpustakaan, Ensaiklopedia Dr Mahathir 10 siri dan tokoh-tokoh tempatan & antarabangsa. Buku-buku mengenai 6 Perdana Menteri Malaysia juga terkandung di dalan rak ini.

Untuk melihat gambar sila ke facebook SK Telok Bahang