Perkhemahan Pengawas...SABTU 15 Mei 2010

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 15, 2010

Kami pergi ke Pantai Kerachut untuk melawat Cikgu Hailmi dan Cikgu Sharidah berserta 2 pembantu perempuan sempena Perkhemahan Pengawas 2010.

Antara yang menyertai 'trip' ini ialah:

Puan Khairulazuan Binti Ibrahim - PK HEM SK Telok Bahang
Puan Shahrol Mazian Bt Shuib - Guru Perpustakaan dan Media / Pengerusi BKG
Cikgu Rozali Bin Shaari
Encik Ishak, Adik Mohamad Sayuti dan Ustaz Mohd Sofri [Guru Disiplin]

Semua aktiviti perkhemahan berjalan dengan lancar.  Perkhemahan ini adalah usahasama antara Badan Pengawas SK Telok Bahang yang dipimpin oleh Cikgu Hailmi dan dibantu oleh Cikgu Sharidah dan Pegawai Taman Negara Telok Bahang, seramai 6 orang.  40 orang pengawas menyertai perkhemahan ini terdiri daripada pengawas-pengawas Tahun 4, 5 dan 6.  Bagi pihak pentadbir SK Telok Bahang, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kedua-dua guru ini yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan perkhemahan ini.  Ustaz Sofri dan Cikgu Rozali juga akhirnya mengambil keputusan untuk bermalam di Pantai Kerachut bersama-sama semua peserta perkhemahan.

Kami sampai pada jam 10.30 pagi dan pulang pada jam 3.30 ptg.  Saya berdoa agar semuanya berjalan lancar dan berakhir baik dan selamat pulang kembali ke rumah masing-masing esok.

Sempat bergambar kenangan...^_^

Comments Posted (0)