Bengkel Bijak Sifir Alif - 6.2.2010

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, February 06, 2010

Setiap pertemuan ada perpisahan
Setiap perpisahan ada kenangan
Jarak yang jauh bukan alasan
Untuk kita masih, ...saling berhubungan.

Bagi pihak Guru Besar SK Telok Bahang Cikgu Ahmad Yasin Bin Othuman, semua Guru Tahun 6, semua guru Panitia Matematik, Persatuan Ibu Bapa & Guru , saya Shahrol Mazian Bt Shuib (Cikgu Yan) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Ab Rahim, Dr Karim, Hafiz, Aisa & Hidayah kerana sudi datang ke Pulau Pinang untuk bersama-sama di dalam program. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa ... Insyaallah.

Bergambar beramai-ramai bersama En Ab Rahim & Dr. Karim dari Yayasan Melaka.

Turut hadir di dalam program pada hari ini ialah:

Cikgu Ahmad Yasin Bin Othuman, Guru Besar SK Telok Bahang, Cikgu Noor Hafiza, Guru Kelas 6 Cemerlang, Cikgu Azahari, Guru Kelas 6 Usaha, Cikgu Noor Rani, Guru Kelas 6 Tekun & Cikgu Hailmi, Guru Kelas 6 Ikhtiar. Semua guru Panitia Matematik: Cikgu Mary, Cikgu Vijaya, Cikgu Marzilan, Cikgu Azman (Ketua Panitia Matematik), Cikgu Azizah, Cikgu Masfuri dan Cikgu Nazihah (wakil PIBG SK. Telok Bahang). Juga tidak dilupakan Encik Dhahir Husin (Pengerusi PIBG SK Telok Bahang, Encik Zainuddin Yusuh, pengusaha kantin dan pihak pengurusan Taman Perhutanan Taman Rimba, Telok Bahang. TERIMA KASIH kerana sudi membantu saya menjayakan program ini.
....jommmmm MAKAN.......




Murid-murid sedang membuat penyelesaian masalah yang diberikan oleh Cikgu Hafiz.
Peserta bengkel mendengar penerangan dari Encik Ab Rahim mengenai cara penyelesaian operasi darab dengan cara yang lebih mudah. Terdapat pelbagai teknik penyelesaian masalah dalam Matematik.







Lokasi Bijak Sifir Alif
SK Telok Bahang
Pulau Pinang

Taman Perhutanan Taman Rimba

Comments Posted (2)

  1. Salam Cikgu Yan
    Terimakasih dan Syabas kepada Cikgu Yan dan Ahli Jawatan Kuasa Program Bijak Sifir Alif kerana pengisian program yang lancar dan kepada cikgu matematik yang meminta aplikasi darab dan bahagi dimasukkan dalam program.Di harap CD yang di bekalkan boleh membantu murid-murid mengingati semula teknik yang di ajarkan

  2. ok thanks...CD tu dah di berikan pada semua murid-murid...follow-up practice akan dibuat oleh semua cikgu maths yera 6 dulu....