KEM KEPIMPINAN PENGAWAS_SIME DARBY

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Thursday, May 14, 2009


Diakhir aktiviti berhalangan, peserta kem sempat bergambar.


Menanamkan sikap tolong menolong.





Sebelum berangkat pulang ke Pulau Pinang.


Pada 6, 7 & 8 Mac, seramai 40 pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan telah hadir ke KEM KEPIMPINAN PENGAWAS di Pendang Lake Resort. Penganjur bagi kem ini ialah Sime Darby Berhad Kuala Lumpur. Guru-guru pengiring serta pengawas-pegawas telah melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti 'indoor & outdoor' yang dirancang oleh pengurus kem ialah
Cigku Mohd Faizi Bin Shuib yang bertanggungjawab pada Pengawas Sekolah dan
Cikgu Shahrol Mazian Binti Shuib selaku GPM yang bertanggungjawab pada Pengawas Perpustakaan Sekolah.

Kami di sini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru pengiring yang sudi meluangkan masa bersama kami bagi menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas pada kali ini iaitu Cikgu Noor Hafiza, Cikga Syahairi, Cikgu Fazly Hafiz, Cikgu Shamsul Rijal, Cikgu Hilmi dan Ustaz sofri. Turut hadir secara sukarela bagi sama-sama menjayakan kem ini ialah Ustaz Adib dan bekas guru SK Telok Bahang, Puan Zahian (Guru Kaunseling). Guru yang sama-sama hadir bersama kami ialah Cikgu Fitriah dan Cikgu Rahibah yang kini bertukar ke Kedah Darul Aman.



Saya, bagi pihak pentadbir sekolah terutamanya Tuan Guru Besar, Cikgu Ahmad Yasin Bin Othuman mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada penaja kami iaitu SIME DARBY BERHAD, KUALA LUMPUR.

Shahrol Mazian Binti Shuib
Guru Perpustakaan & Media.


Comments Posted (1)

  1. Sesuai ke Pendang lake kalau nak buat kem???