Abseiling & Flying Fox_Kem Kepimpinan Pengawas

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Friday, May 15, 2009


Taklimat oleh jurulatih sebelum peserta-peserta kem membuat aktivit 'flying fox'. Semua aspek keselamatan diutamakan.


Due peserta kem sedang membuat terjunan 'flying fox'.


Dua peserta kem sedang membuat terjunan 'abseiling'



Taklimat 'abseiling' oleh jurulatih sebelum peserta kem membuat terjunan.


Pada & Mac & 8 Mac semua peserta Kem Kepimpinan Pengawas menbuat dua aktiviti yang berbeza iaitu Abseiling & Flying Fox. Objektif utama aktiviti-aktiviti ini ialah untuk mewujudkan keberanian dikalangan peserta dan mengatasi rasa takut dalam diri masing-masing.

Aktiviti Flying Fox, peserta kem perlu 'fly' melintasi tasik Pendang Lake Resort dan aktiviti Abseiling ketinggian menara yang perlu dituruni hampir menyamai ketinggian bangunan 4 tingkat. Semua peserta kem berjaya membuat aktiviti ini dengan baik sekali dan semua guru juga tidak terkecuali dan semua guru juga berjaya mengatasi rasa takut masing-masing.

Kami amat berterima kasih kepada ketiga-tiga jurulatih yang menjayakan aktiviti ini. Ketiga-tiga mereka merupakan jurulatih profesional dan semua aspek keselamatan diambil kira.


Comments Posted (4)

  1. ada tak peserta kem yang tak buat aktiviti ni..???

  2. brapa ramai peserta yer?

  3. ejaan perseta tolong ubah ....yang betulnya "peserta"

  4. terima kasih ... telah di buat pembetulan.

    S. Mazian Shuib