Sejarah SK Teluk Bahang
Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Monday, April 13, 2009
Pada tahun 1910, sekolah Teluk Bahang telah ditubuhkan. Pada tahun itu hanya 3 buah bangunan sahaja yang ada. 2 buah bangunan buatan kayu yang menempatkan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 dan sebuah lagi tepisah kira-kira 100 meter untuk menempatkan murid-murid tahun 1.
Guru-guru pada tahun itu hanya lima orang serta Guru Besar dan seorang sahaja Penolong Kanan. Murid-murid pada tahun itu seramai 65 orang sahaja.
Beberapa tahun tahun selepas itu semua murid-murid SK Teluk Bahang berada di satu bumbung dan tidak lagi terpisah seperti tahun 1910. Guru Besar yang pertama pada tahun 1910 bernama Encik Puteh Bin Khamis.
Peta Sekolah:
http://map.cikgu.net.my/schools/view/115
Website SKTB:
http://www.sktbahang.penang.kita.net.my/
(Laman web ini masih dalam pembinaan)
Comments Posted (0)
Post a Comment