Kem Mini NILAM TAHUN 1

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Tuesday, June 11, 2013

 
 
Program NILAM
Definisi:
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
a) Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca
   secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan
   membaca di sekolah.
b) Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan
   sepanjang tahun.
c) Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah
   rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada
   1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka
   tamat persekolahan


Pengenalan
Mulai 13 Jun, Kem Mini NILAM akan diadakan untuk Tahun 1 bagi menggalakkan murid-murid Tahun 1 untuk membaca.  Setiap bacaan akan direkodkan dalam Buku Rekod Program Nilam.  Tujuan kem ini ialah untuk:
i.   Meningkatkan jumlah bacaan bagi murid-murid T1.
ii.  Menggalakkan mereka membaca dalam kumpulan.
iii. Melatih murid-murid T1 membaca dengan cepat.
iv.  Membiasakan murid-murid T1 merekod apa yang dibaca.
v.   Melatih murid-murid T1 mengisi maklumat-maklumat penting dalam
     Buku Rekod Nilam.
vi.  Mencapai sasaran 1Sekolah 1Rakan Membaca atau lebih.

Sasaran
Murid-murid T1 yang membuat kerja dengan cepat didalam kelas, setiap sesi ialah 10 murid atau kurang.  Kem ini bagi membuat aktiviti susulan selepas selesai P&P berbentuk bacaan yang perlu direkodkan.  Setiap kelas T1 akan menjalani kem ini semingga sekali - 30 minit di perpustakaan.  Apabila Bilik Operasi PBS/KSSR siap sepenuhnya dan boleh beroperasi, kem ini akan dijalankan di Bilik Operasi PBS/SSR.

Masa & Hari
1 Cemerlang - 8.45 pg - 9.15 pg [ Khamis ]
1 Usaha - Selasa 12.05 - 12.35 [ Selasa ]
1 Tekun - 8.45 - 9.15 [ Rabu ]

Lokasi kem ialah di perpustakaan dan apabila Bilik Operasi PBS/KSSR siap sepenuhnya, lokasi kem akan berpindah ke situ.

Perjalanan Aktiviti Kem Mini NILAM
Murid-murid T1 akan membaca sebuah buku berpasangan dan mereka akan mencatat rekod dalam Buku Rekao Program NILAM.  GPM akan memberi panduan kepada murid-murid ini.  Guru-guru Bahasa Melayu T1 masih lagi mengendalikan Program NILAM bagi semua murid didalam kelas dan tidak dihantar ke Kem Mini NILAM.
 

Comments Posted (0)