Pelancaran Program 'Jom Mai Sekolah' dan Guru Penyayang.

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Monday, April 30, 2012

Dilancarkan olah Guru Besar SK Telok Bahang
 Tuan Haji Rahmat Bin Jahari semasa Perhimpunan Rasmi pada 
14 April 2012.





Pelancaran 'Jom Mai Sekolah' bertujuan menggalakkan murid-murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.  Memang menjadi hasrat Unit Bimbingan dan Kaunseling dibawah pengelolaan Cikgu Junaidah supaya kes ponteng di SK Telok Bahang mencapai tahap sifar.  Amat penting untuk murid-murid hadir ke sekolah setiap hari supada sesi Pengaran dan Pembelajaran setiap subjek dapat diikuti dengan sebaiknya.

Program Guru Penyayang pula bertujuan merapatkan hubungan antara murid-murid dan guru-guru.  Segala masalah mereka dapat diceritakan pada guru-guru yang mereka senangi.  Ini boleh mengelakkan murid-murid terjebak dalam saluran yang salah apabila mereka menghadapi apa saja masalah di sekolah dan persekitaran mereka.

Comments Posted (0)