Buku-Buku Sumbangan SIME DARBY Kuala Lumpur.

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, January 23, 2010

Koleksi buku-buku Fiksyen Bahasa Inggeris untuk murid-murid membuat pinjaman di Perpustakaan SK Telok Bahang sumbangan SIME DARBY Kuala Lumpur.
Semoga SIME DARBY dapat terus membuat sumbangan kerana buku-buku ini kesemuanya di manfaatkan oleh murid & guru sekolah SK Telok Bahang, Pulau Pinang. Semua sumbangan kami ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga. JASA Sime Darby akan kami kenang buat selama-lamanya.
Selama 3 tahun berturut-turut SIME DARBY Kuala Lumpur telah menyumbang wang sebanyak RM5000 setiap tahun dan jumlah kesemuanya kini RM15,000. Kesemua wang sumbangan kepada perpustakaan tersebut telah di manfaatkan dengan membeli buku-buku kegunaan murid-murid & guru-guru dan di letakkan di perpustakaan sekolah.

Comments Posted (0)