Hari Guru_2009 [ Kenangan terindah bagi semua guru-guru SKTB]

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Friday, June 19, 2009

Cikgu Azman menunjukkan bakatnya.

Ustaz Adib dengan persembahan sajaknya.



Persembahan dikir barat oleh guru-guru wanita SK Telok Bahang diketuai oleh:
Cikgu Sharidah dan Ustazah Sapinah.

Perjumpaan bersama waris untuk Program Lawatan Ke Kuala Lumpur anjuran Sime Darby K. Lumpur.

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Thursday, June 18, 2009

Hari ini 18 Jun 2009, perjumpaan antara waris-waris dan semua guru akan diadakan pada jam 5 ptg di Dewan Terbuka SK Telok Bahang. Taklimat akan dibuat oleh Cikgu Shahrol Mazian Bt Shuib. Waris-waris akan diberikan:

1. Tentatif Lawatan.
2. Senarai keperluan murid.
3. Senarai kumpulan berserta nombor bas [bas 1 & bas2] yang bakal di naiki.
4. Senarai nama guru-guru pengiring berserta no telefon.

Tarikh lawatan ialah 25, 26 & 27 Jun 2009.

Shahrol Mazian Binti Shuib
GPM SK Telok Bahang

Word Hunter & Bijak Sifir, akan dilancarkan pada 22 Jun 2009.

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Wednesday, June 17, 2009



Booklet Programme Word Hunter untuk tahun 5 & 4.



Cikgu Shazleen, Cikgu Shamsul & Cikgu Mahadhir di bantu oleh beberapa murid-murid sedang menyediakan bahan untuk Programme Word Hunter di perpustakaan.



Program ini di cadangkan oleh Ustaz Sofri bagi meningkatkan penguasaan murid-murid dadam aspek yang paling asas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Word Hunter akan melibatkan semua murid dan semua guru sebagai fasilitator. Dua orang akan bertanggungjawab pada setiap kelas, pembahagian guru-guru yang bertugas di susun oleh GPM.

Bahan bagi Program Word Hunter disediakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris.

Tahun 6 : Cikgu Shahrol Mazian & Cikgu Hajah Noor Rani
Tahun 5 : Cikgu Shazleen
Tahun 4 : Cikgu Loo
Tahun 3 : Cikgu Khairulazuan
Tahun 2 : Cikgu Fazly Hafiz
Tahun 1 : Cikgu Nancy

Semua perkataan Bahasa Inggeris yang terlibat adalah mengikut Buku Panduan Bahasa Inggeris Tahun 1 - Tahun 6.

Bagi mata pelajar Matematik, buku sifir di bekalkan pada setiap murid.

Program Word Hunter - Setiap Isnin / Selasa
Program Bijak Sifir - Setiap Khamis / Jumaat
Masa 7.30 pagi - 7.45 pagi
Lokasi - Dipersekitaran sekolah.

Shahrol Mazian Binti Shuib
GPM / Guru Bahasa Inggeris Tahun 6

Kajian Tindakan Bahasa Inggeris

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Monday, June 15, 2009

http://www.scribd.com/doc/2163234/2-manjung-bi-veerakumar-subbah1

Contoh kajian tindakan Bahasa Inggeris.

Tribute to a friend_MOHD FAIZIE SHUIB [ Januari 2004 - May 2009 ]

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Wednesday, June 10, 2009


Cikgu FAIZIE bersama Pengawas-Pengawas Sekolah SK Telok Bahang. Cikgu Faizie bertanggungjawab terhadap Badan Pengawas sekolah selama 5 tahun bermula tahun 2005.


Bersama rakan-rakan guru ketika Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah_2009
Azahari, Mahadir, FAIZIE, Sofri, Adib, Azman & Fazly Hafiz


Berbincang dengan Ustaz Sofri di Kem Kepimpinan Pengawas_2009
Pendang Lake Resort, Kedah


Kemana saja bersama...[ 6 teman setia... ]
Hailmi, Fazly Hafiz, Syahairi, FAIZIE, Shahrol Mazian & Noor Hafiza
...FAIZIE, jangan lupakan kami...


Jungle Trekking di Kem Raudah
Pulau Pangkor Perak
FAIZIE, Syamsul Rijal, Shahrol Mazian & Syahairi


Di perhentian Gurun dalam perjalanan ke Pendang Lake Resort.
FAIZIE, Shahrol Mazian & Noor Hafiza


Taklimat bersama ibu bapa sempena Kem Kepimpinan Pengawas di perpustakaan.


Perjalanan pulang dari Pulau Pangkor, Kem Kepimpinan Pengawas_Kem Raudah 2008


Bergambar bersama teman-teman di Putrajaya ketika Lawatan Belajar ke
Kuala Lumpur_2007
Sharidah, Shahrol Mazian, Azizah, FAIZIE, Noor Hafiza & Hailmi


Bergambar bersma- sama 40 Pengawas Perpustakaan & Pengawas sekolah sempena Kem Kepimpinan Pengawas 2009 di Pendang Lake Resort 16,17,& 18 April 2009.


Cikgu Faizie membuat persembahan bersama Cikgu Mahadir_27 May 2009.



Cikgu Faizie bersama teman-teman Cikgu Fazly Hafiz, Ustaz Sofri, Cikgu Azahari & Ustaz Nazroon di City Beyview, Penang menghadiri seminar anjuran
Sime Darby, Kuala Lumpur_2007.


Aktiviti Dalam Kumpulan di Pendang Lake Resort_2009 [ Kem Kepimpinan Pengawas]

Kepada seorang sahabat dan teman sekerja yang sangat kami terasa kehilangan apabila beliau bertukar dan kini berkhidmat di negeri sendiri, Perlis Indera Kayangan. Sepanjang 6 tahun bersama mengharungi suka duka sebagai guru dan juga sahabat baik, ketiadaan beliau beliau bersama kami di SK Telok Bahang amat terasa, tapi sebagai guru dan pendidik, dimana saja kita berkhidmat disitulah kita menabur jasa kepada anak bangsa.

Kepada Cikgu Faizie, kenang kami dalam doamu kerana kami disini sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Cikgu Faizie dimana walau dimana saja kamu berada.

..dari kami semua di SK Telok Bahang dan terutamanya dari kakak tercinta,
Shahrol Mazian Binti Shuib [Guru Perpustakaan & Media].


Kelas Malam_Sime Darby

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, June 06, 2009


Kelas Malam Sime Darby berlansung di perpustakaan sekolah.


Murid-Murid membuat latihan di papan putih.


Sime Darby telah menganjurkan Kelas Malam bagi murid-murid tahun 6.

Makluman mengenai kelas malam ini:

Kelas : 6 kumpulan / kelas
Masa : 8.00 pm - 9.30 pm
Guru : Seorang guru bagi setiap kumpulan / kelas
M/p : Matematik, Sains, B. Melayu & English
Hari : Isnin - Khamis

Gotong Royong sempena_HARI BOMBA MALAYSIA 31.05.2009

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 30, 2009



Guru-guru sedang berbaris mendengar taklimat. Ustaz Sofri bergaya di samping 'moto besar' pasukan bomba.


Penerangan mengenai motor berkuasa besar milik Jabatan Bomba


Bergambar di samping motor milik Jabatan Bomba
[beso ngat...]



Guru-guru yang yang hadir.

Ahli bomba sedang mengemas kawasan surau sekolah SK Telok Bahang.

YAB Dato Dr Hilmi Bin Haji Yahya sedang menanam pokok sempena perasmian
HARI BOMBA MALAYSIA.

Guru-guru dan ibu bapa yang hadir.
Ketua Darjah: Sofri
Penolong Ketua Darjah: Shahrol Mazian


Ahli Bomba berbaris segak mendengar ucapan dari YAB Dato Dr Hilmi Bin Haji Yahya dan taklimat gotong royong selepas ucapan.


Ucapan dari YAB Dato Dr Hilmi Bin Haji Yahya

Seramai 100 ahli bomba seluruh dari pulau, Pulau Pinang berkumpul di SK Telok Bahang dan mengadakan gotong royong sempena HARI BOMBA MALAYSIA. YAB Dr Hilmi Bin HAji Yahya merasmikan majlis gotong royong pada hari ini. Guru Besar SK Telok Bahang, Encik Ahmad Yasin Bin Othuman, PK 1 En Zahari Bin Alias, guru-guru, ibu-bapa dan murid-muris juga turut hadir.

Sambutan Hari Guru 2009 [26.05.09]

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 30, 2009


Guru-guru wanita bersiap-sedia untuk naik ke pentas bagi membuat persembahan dikir barat. lirik untuk dikir barat di reka oleh Cikgu Cik sharidah & Ustazah Sapinah. Guru-guru wanita mengambil masa dua hari untuk persediaan membuat persembahan.


Cikgu Shahrol Mazian menyampaikan lagu Kesetian nyanyian Siti Sarah.


Cikgu Faizie & Cikgu Mahadir.


Persembahan dikir barat oleh guru-guru wanita SK Telok Bahang.


Cikgu Marzilan, Ustaz Adib & Cikgu Faizie


Cikgu Hailmi & Cikgu Norhizam menyampaikan lagu Jangan Pisahkan.


Cikgu Fazly Hafiz membuat persembahan.


Ada yang membuat persembahan dan ada yang jadi penonton.


Persembahan dikir barat.


Bukan hanya boleh mengajar, dikir barat, menyanyi....sebut saja semua bolehhh..!!!...itulah kehebatan guru-guru SK Telok Bahang

Sambutan Hari Guru pada tahun di adakan pada 26.05.09, pada tahun ini sambutan Hari Guru merupakan yang kali terakhir buat Cikgu Faizie memandangkan beliau akan bertukar ke Perlis. Tahun ini juga ada kelainan dibuat sempena sambutan hari guru, tahun ini guru-guru membuat persembahan dikir barat & nyayian solo serta berduet. Di sini dirakamkan gambar-gambar sambutan Hari Guru 2009 SK Telok Bahang.

Mempersembahkan...nyayian merdu dari Cikgu Noor Hafiza dengan lagu yang bertajuk..Semakin Rindu Semakin Sayang.




Nyanyian dikir barat dari guru-guru wanita SK Telok Bahang...best gitu.....!!!!

Aktiviti Dalam Kumpulan [ADK]_Kem Kepimpinan Pengawas 6,7,& 8 Mac_SIME DARBY

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 16, 2009


Peserta kem membuat aktiviti dalam kumpulan.


Peserta kem sedang mendengar penerangan dari fasilitator.


Aktiviti pengawas perpustakaan dikendalikan oleh GPM, Shahrol Mazian Binti Shuib.

Aktiviti pengawas sekolah dikendalikan oleh Mohd Faizie Bin Shuib.


Pengawas perpustakkan membuat teknik proses buku eKK secara manual.



Perkembangan Staf SKTB_Eduwebtv_Blog

Posted by Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang | Posted in | Posted on Saturday, May 16, 2009


Cikgu Faizie, Ustaz Adib & Ustaz Nasroon


Taklimat PEKA oleh Cikgu Shamsul


Cikgu Ahmad Yasin & Ustaz Sofri



Minum pagi.


Semua guru-guru membuat pendaftaran eduwebtv.


GPM Puan Shahrol Mazian memulakan sesi beliau dengan pengenalan pada eduwebtv dan bagi guru-guru yang belum mempunyai email akan mendaftar email sebelum mendaftar ke eduwebtv.


Penerangan dan 'hands-on' di buat oleh guru-guru, email, eduwebtv & blog.

Pada Hari Guru, semua guru SK Telok Bahang termasuk semua pentadbir Tuan Guru Besar Encik Ahmad Yasin Bin Othuman, P. Kanan Pentadbiran 1 Encik Zahari Bin Alias, P. Kanan HEM Puan Khairulazuan Bt Ibrahim dan P. Kanan Ko-Kurikulum En Jeegathesan telah mengikuti Perkembangan Syaf kali pertama.

Tentatif program:

8.00 pagi : minum pagi
8.30 pagi : GPM memulakan program hari ini dengan pengenalan eduwebtv [pendaftaran
eduwebtv, membuat senarai playlist dan muat turun].
9.30 pagi : Sesi kedua iaitu memperkenal blog sekolah [mengakses blog, mengedit blog,
menambah post baru, memadam post, muatnaik gambar dalam blog, muatnaik
video dalam blog dan post komen dalam blog].
10.45 pg - 11.00 - rehat 15 menit
11.00 pagi : Cikgu Shamsul Rijal membentangkan mengenai PEKA secara terperinci.
12.00 tgh : Cikgu Azhari menyambung sesi perkembangan staf dengan topik beliau iaitu PLBS.
12.30 - 1.30 tengah hari - rehat & makan tengah hari
1.30 tgh : Puan Loo menyambung sesi dengan SBOA
2.00 ptg : Tuan Guru Besar penyambung dengan Program Rintis Tahun 1 [ BM & BI ]
3.00 ptg : Bersurai.