Posted by
Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang
|
Posted in
|
Posted on
Thursday, May 06, 2010
Papan notis ini dipasang bertujuan untuk menulis pergerakan guru-guru sama ada guru-guru berkursus, bermesyuarat dan sebagainya untuk pengetahuan rakan-rakan guru yang lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan tugasan-tugasan yang diberikan pada guru-semasa mereka tidak berada didalam kawasan sekolah. Fungsi papan notis ini juga untuk menulis aktiviti-aktiviti penting di sekolah SK Telok Bahang.
Terima kasih kepada Timbalan Badan Kebajikan Guru, Cikgu Hailmi Bin Othman,
Ketua Almari Bilik Guru, Cikgu Saiful Anuar dan Cikgu Rifhan dari Sime Darby Kuala Lumpur.
Posted by
Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang
|
Posted in
|
Posted on
Thursday, May 06, 2010
Semua rumah di hasilkan oleh murid-murid Tahun 4. GPM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cikgu Marzilan kerana sudi menyumbangkan rumah-rumah ini untuk dipamirkan di sudut PAMERAN BERTEMA didalam perpustakaan.
Banyak rumah-rumah yang cantik dihasilkan oleh murid-murid Tahun 4. Cikgu mengucapkan berbanyak terima kasih pada kamu semua.
Posted by
Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang
|
Posted in
|
Posted on
Saturday, May 01, 2010
Semuanya ada disini.....
Saya mengalu-alukan semua guru untuk menggunakan kemudahan di perpustakaan sebaik mungkin dan sila rekodkan semua aktiviti yang dijalankan di perpustakaan dan Bilik Media. Kesemua bilik khas yang lain juga berfungsi dengan baik dan gunakanlah sebaik mungkin.
Guru-guru Bilik Khas
Cikgu Norhayati, Ustazah Zakiah dan Cikgu Shazleen
Cikgu Norhizam, Cikgu Azahari dan Cikgu Razief
Cikgu Sharidah, Cikgu Nizam dan Ustaz Sofri
Cikgu Masfuri, Cikgu Azizah dan Cikgu Shamsul
Cikgu Syahair dan Cikgu Zulfakar
Bilik Kaunseling - Cikgu Razief, Bengkel Kemahiran Hidup - Cikgu Saiful, Makmal Sains - Cikgu Syahairi, Pusat Akses - Cikgu Masfuri, Makmal Komputer - Cikgu Samsul dan Cikgu Nizam, Bilik PPSMI - Cikgu Vijayasri, Bilik Tayangan - Cikgu Sharidah, Bilik Muzik - Cikgu Norhizam, Bilik BOSS - Cikgu Shazleen, Bilik Kesihatan - Cikgu Norhayati, Bilik Pemulihan - Cikgu Zulfakar, Surau - Ustaz Sofri, Bilik JqAF - Ustazah Zakiah, Bilik Pendidikan Seni - Cikgu Azizah dan Stor pendidikan Jasmani - Cikgu Azahari.
Guru Perpustakaan & Media
Puan Shahrol Mazian Binti Shuib
Posted by
Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang
|
Posted in
|
Posted on
Saturday, May 01, 2010
Di perpustakaan juga, selain Program Nilam Tahap 1 dan 2, Magic English Tahap 1, pinjaman buku [eKK] Tahap 2, guru-guru juga menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di perpustakaan. Semua bahan bantu mengajar berbentuk buku dan bukan buku boleh didapatkan di perpustakaan. Pengajaran dan Pembelajaran boleh dijalankan di perpustakaan bila tiada waktu rasmi kelas-kelas untuk Program Nilam dan pinjaman serta pemulangan buku.
Cikgu Mahadzir sedang mengajar Bahasa Melayu Tahun 2 berbantukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau mengajar murid-murid kemahiran mencari makna dalam kamus.
Posted by
Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang
|
Posted in
|
Posted on
Saturday, May 01, 2010
Nadi Ilmu Amalan Membaca - Program Nilam
Semua bahan bacaan dalam kotak ini ialah untuk Program Nilam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kini ada juga Program Nilam dalam Bahasa Arab disediakan di Perpustakaan. Tahap 2 Program Nilam adalah setiap minggu dan Tahap 1, dua minggu sekali dan diselang-seli dengan Magic English. Jadual telah dilekatkan pada setiap kelas, bilik guru, Perpustakaan dan Bilik Bahan Bantu Mengajar.
Posted by
Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang
|
Posted in
|
Posted on
Saturday, May 01, 2010
TAHNIAH kepada guru yang melatih pasukan Bola Baling dan pemain-pemain Bola Baling yang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan dicapai.
Jurulatih pasukan Bola Baling sekolah : Cikgu Mahadhir, Ustazah Kamilah dan Cikgu Sharidah.
Terima kasih kepada Puan Khairulazuan Binti Ibrahim PK HEM SK Telok Bahang kerana menyempurnakan majlis penyampaian medal kepada semua pemain Bola Baling.
Posted by
Guru Perpustakaan & Media SK Telok Bahang
|
Posted in
|
Posted on
Saturday, May 01, 2010
Pintar adalah satu komitmen yang diterajui oleh syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membantu mengatasi salah satu isu yang paling kritikal pada masa ini: MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN DI KALANGAN ANAK-ANAK KITA.
Kini, sebahagian besar kanak-kanak yang kebanyakkanya datang dari keluarga berpendapatan rendah di Pulau Pinang ketinggalan dari segi pencapaian akademik serta motivasi untuk berjaya. Sasaran PINTAR adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan sebagai satu cara bagi kanak-kanak ini memperbaiki keadaan sosio-ekonomi mereka. Bagi mencapai hasrat ini, syarikat-syarikat mengambil bahagian telah bersetuju menjadikan beberapa sekolah rendah dan menegah sekitar Pulau Pinang sebagai sekolah angkat serta menjalankan aktiviti secara terus dengan kanak-kanak dari sekolah-sekolah tersebut.
Hanya melalui kecemerlangan pendidikan, kanak-kanak tersebut akan dapat mengharapkan masa depan yang lebih baik - dan hanya apabila kanak-kanak ini berjaya sebagai satu komuniti dan bangsa berjaya.
Bagi kami di SK Telok Bahang, Pulau Pinang amat terhutang budu dan juga berterima kasih pada Sime Darby BERHAD yang terlalu banyak membantu kami menjayakan perbagai aktiviti. Banyak bantuan yang disalurkankan termasuk kewangan dan kepakaran. kami semua warga SK Telok Bahang berharap Sime Darby akan terus membantu kami di tahun-tahun yang akan datang walaupun Program PINTAR ini akan ditamatkan.

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
GAMBARAN SEBENAR
Kisah Arif.
Arif di rumah dan dia keseorangan ketika terjaga dari tidur. Ibunya telah keluar bekerja di sebuah restoran. Bapa Arif telah meninggal dunia ketika dia masih kecil.
Dia terasa lapar dan bersarapan dengan makanan lebihan dari malam sebelumnya. Arif sudah biasa kelaparan sepanjang pagi. Kadangkala dia mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaranya di dalam kelas. Susuk tubuhnya kecil berbanding usianya.
Selepas waktu sekolah, Arif bersama ibunya di restoran. Dia memperoleh wang saku kecil dengan kerja sambilan dan wang itu di belanjakan bersama kawan-kawannya. Terdapat beberapa hari Arif tidak hadir ke sekolah. Dia tidak lagi berminat - dia telah mencuba namun kemampuannya untuk membaca dan menulis tidak seberapa.
Masa depannya tidak menentu, dan tiada siapa untuk mengadu nasib memandangkan yang lain juga senasib dengannya, dia percaya mungkin inilah cara hidup yang dia ada....
TIDAK!
Melalui PINTAR, visi kami adalah memastikan kanak-kanak seperti Arif di beri perhatian yang sewajarnya untuk berjaya di sekolah. kami ingin kanak-kanak ini percaya bahawa kehidupan yang lebih baik adalah sesuatu yang boleh dicapai dan dinikmati. Kami ingin membantu mereka mencapai masa depan yang lebih baik. Inilah komitmen kami.....
*Kisah Arif adalah berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dari komuniti berpendapatan rendah.